Sunday, April 26, 2009

~setiap kali~

setiap kali
mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberianMu
kekadang rasa itu kerana segala
usaha dan penat lelahku sahaja
setiap kali ditimpa musibah
ku mengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa padaMu Allah
tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan yg maha penyanyang
leraikan aku dari keluh resah
yg membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dgn hasutan syaitan
kurniakanlah kepada ku ketabahan
singkapkan ku hikmah segala ketentuan
moga sinar Mu berikan ku pedoman
hanya padaMu segala ketetapan
seandainya diri ini
mampu meraih cinta dan cinta keredhaan Mu
ku serah segala ketentuan hanya padaMu Ya Allah..
Jangan Kau palingkan hati ini setalah Kau beri hidayah...

No comments:

Post a Comment